Tuesday, June 18, 2013

SEJARAH DAN LAGENDA PULAU LANGKAWI


Langkawi, satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Dataran Lang Langkawi


Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang. 

Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'. Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi. 

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini. Sempena dengan peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag. ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Tanjung Rhu Langkawi

Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang. 

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding-dinding gua tersebut. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Pantai-pantai di Langkawi

Pantai Kok, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan. Hotel mewah dan chalet disediakan untuk kemudahan pengunjung. Bagi penggemar aktiviti lasak, pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti. Manakala bagi penggemar makanan pula, pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit-bukau dan gunung-ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui aktiviti island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati apabila dilahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang ke kayangan, beliau berdoa melalui saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik tersebut. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Laut Pulau Payar Langkawi



Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan. Sesuai untuk aktiviti 'snorkling', menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu. Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini. Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju. Perjalan mengambil masa kira-kira 45 minit. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Makam Mahsuri Langkawi


Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 7. 30 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Kampung Air Hangat




Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut. Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari. Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat di sini. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi Anna & The King Gallery



Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'. Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri, istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi Oriental Village


Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi. Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai, ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia.

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung. Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ. Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh,. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 10 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Underwater World Langkawi


Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut. Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Pelayaran ke Pulau Pulau

Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan. Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Buaya Langkawi


Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah. Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai. Jika bernasib baik, para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Galeria Perdana Langkawi


Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri. Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal, barangan kulit, perak, tembaga, seramik dan kaca. Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata. Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda. 

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri ini. Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 5 pm; Cuti umum/cuti sekolah, 9 am - 6 pm; Jumaat, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm. Telefon: 04-9591498

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Laman Padi Langkawi




Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara. 

Di antara tarikan di sini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak, carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung. Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden. Terdapat juga restoran serta pusat urut di situ. 
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm. Telefon : 04-9553415

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Legenda Langkawi



Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan. Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 8 am - 11 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Komplek Budaya Kraf Langkawi


Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi, kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah. Terletak di atas bukit mengadap laut, komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm. Telefon : 04-9591913

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Sungai Kilim Langkawi


Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim, sebuah dunia yang berlainan sama sekali. Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih. 

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda. 

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi - Telaga Tujuh (Seven Wells)



Telaga Tujuh terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi. Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon di sekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang di sekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

No comments:

Post a Comment